Monday, October 17, 2011

~ Donut Simple ~

Tetiba terasa nak makan donut, dah lama tak buat donat... sebelum nih dah buat 2-3 kali, donut lembut dan sedap tapi... bila dah sejuk, donut tu jadi keras. Jadi aku cube cari resipi lain, jumpa satu... bahan2 pun ringkas, so... nak cube...

Sumber :
Blog (Resipi masakan barat komersial)

Bahan :
1) Tepung gandum - 1 peket (1kg)
2) Mauripan - 1 peket
3) Susu pekat manis - 1 sudu
4) Minyak masak - 1 cawan
5) Garam - 1 sudu teh
6) Air - 550ml
7) Minyak masak - untuk menggoreng
8) Gula kastor - untuk salutan

Cara :
1) Susu dan garam dilarutkan kedalam air.
2) Gaulkan yis bersama tepung sehingga rata.
3) Masukkan minyak masak, gaul hingga sebati.
4) Masukkan air yang dilarutkan garam dan susu tadi, gaul sehingga sebati.
5) Adunan tadi hendaklah diuli sehingga menjadi doh. Tekstur doh akan menjadi melekit.
6) Perap doh tadi antara 15 ke 20 minit.
7) Doh yang telah diperap, diuli kembali sehingga doh tidak melekit pada tangan.
8) Bentukkan doh menjadi bulat dan buatkan lubang ditengahnya.
9) Biarkan donut ditempat bertutup selama 30 ke 60 minit.
10) Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.
11) Toskan minyak kemudian salutkan dengan gula kastor. Sedia untuk dihidang.

Komen :
1) Percubaan pertama (Isnin, 17 okt 2011, 5.30 ptg) - Gagal
Donut terlalu keras... mungkin minyak terlebih atau mungkin adunan kurang sebati, uli sekejap jerk sbb tangan sakit. Doh yang masih berbaki aku jadikan pastri pizza.. huhu, sedap la plak... so minum petang ni dr donut jadi pizza... huhu, tak pe kiter jangan mengalah len kali cube lg...